Ulasan tugasan BBEK1103:Principles of Microeconomics

TUJUAN:

Tugasan ini dibina bagi membangunkan keupayaan pelajar bagi menggunakan konsep penting dan kesan perubahan harga komoditi di dalam pasaran.

KEPERLUAN:

Cari SATU artikel dari akhbar tempatan ATAU majalah yang berkaitan dengan perubahan harga komoditi di Malaysia. Artikel hendaklah di antara Jun 2010 dan Jun 2011. Membuat penilaian dan membincangkan kesan perubahan harga komoditi ke atas pengguna dan pengeluar dari segi permintaan dan penawaran.

Sila pelajari Bab 1 hingga Bab 7 [modul BI ATAU Bab 1-5 bagi modul BM] bagi persediaan tugasan ini…

Contoh flow tugasan BBEK1103 mengikut rubrik:

BAB 1:
1.Pengenalan kepada pembolehubah mikroekonomi di dalam artikel
berkenaan [8markah]
Berikan definisi/takrifan bagi semua pembolehubah yang terlibat di dalam artikel. PERLU Nyatakan: tajuk, pengarang, tarikh, sumber. Penerangan perlu terperinci dan jelas mengenai pembolehubah yang berkaitan mikroekonomi daripada artikel tersebut.

BAB 2:
2. Kesan perubahan harga komoditi ke atas permintaan [8markah]
Perihal dan huraikan secara terperinci perubahan harga komoditi dan kesannya ke atas permintaan. Masukkan keluk atau gambarajah yang sesuai.

BAB 3:
3. Kesan perubahan harga komoditi ke atas penawaran [8markah]
Perihal dan huraikan secara terperinci perubahan harga komoditi dan kesannya ke atas penawaran. Masukkan keluk atau gambarajah yang sesuai.

BAB 4:
4. Perbincangan dan Kesimpulan [12markah]
Anda perlu ringkasan bagi kesemua analisis isi utama perlu diberikan dengan selengkapnya.

RUJUKAN
5. Rujukan dan petikan [4markah]
Semua rujukan dan petikan menggunakan format APA[American

Psychological Association- rujuk: https://www.facebook.com/groups/oumsabah/doc/218116771574500/].

Berikan sekurang-kurangnya 5 rujukan yang berkaitan dengan tugasan.
Makluman www.google.com / www.yahoo.com adalah enjin gelintaran BUKANNYA rujukan. Sumber-sumber daripada wikipedia.com tidak diiktiraf sebagai sumber rujukan yang sahih. Salam ceria…

Sumbangan oleh : En Isa Abdullah

11 responses to “Ulasan tugasan BBEK1103:Principles of Microeconomics

  1. terima kasih….

  2. perlu ke msk kan graph…

  3. pilih salah satu komoditi contohnya kelapa sawit sahaja atau secara keseluruhan di malaysia? terima kasih

  4. salam, mcm mane nak dapatkan modul dalam bahasa malaysia?

  5. tq.. ada cth macam mana nk mulakan

  6. thx a lot pasal info nie…sy pun blurr cam ner nk buat…terima kasih…but klu u boleh bagi draft..lagi ok..eehhhee

  7. terima kasih kerana sudi memaparkan info penting ini.

  8. kalau bentuk laporan boleh tk??

  9. Ng Hui Shan

    ” Kesan perubahan harga komoditi ke atas permintaan ”, kena jelas mcm mana?
    Boleh bagi contoh tak?

  10. tq..blog yg sgt membantu..OUM Melaka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s